06 November -Hari Raya Haji
12 November -Bengkel Kraf Kayu di Insitut Kraf Negara (IKN)
Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran Kayu
merupakan aktiviti di bawah Pendidikan Kraf yang bertujuan mendidik
masyarakat dalam menghayati dan mencintai seni warisan kraf. Program
bengkel ini juga telah di ambil kira sebagai Program Pembudayaan Bahasa
peringkat Kraftangan Malaysia yang telah didaftarkan di dalam takwim
program tersebut anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK).
Peserta bagi program Bengkel
Kraf Warisan Seni Ukiran Kayu ini adalah di kalangan pendidik, penggiat
seni, pelajar dari institut pengajian tinggi dan pegawai dari agensi
berkaitan yang akan didedahkan mengenai ragam hias, bentuk dan cabaran
yang dihadapi oleh penggiat seni kraf ukiran kayu.
Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran
Kayu ini telah diadakan pada 12 November 2011 (Sabtu) bertempat di
Institut Kraf Negara bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-10 IKN.
Bengkel ini telah dihadiri seramai 122 orang peserta yang terdiri
daripada guru seni visual, pelajar peringkat menengah, arkitek, pereka,
penyelidik, IPT, usahawan kraf dan pengajar serta penuntut IKN.
Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran
Kayu ini telah melibatkan khidmat penceramah yang terdiri daripada
tokoh-tokoh seni ukiran kayu berpengalaman dari Negeri Terengganu iaitu
Tuan Haji Wan Mustafa Wan Su (Adiguru Kraf Ukiran Kayu) dan Encik
Norhaiza Nordin (Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu
Malaysia.
19 November- Start Cuti Akhir tahun
20 Dis-Mesyuarat Guru 1/2012
21 Dis -Mesyuarat Kokurikulum I dan Mesyuarat Panitia PSV
22 Dis- Mesyuarat HEM 1/2012
25 Dis -Cuti Krismas